Ahli perniagaan, Farah Cie melalui satu hantaran yang dibuat di Facebook mengakui dirinya masih trauma dengan kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Farah Cie juga turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih belum sedarkan diri selepas cedera ditembak di bahagian perut.
“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata.
“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat seperti sedia kala,” katanya.
Pada Ahad, pengawal peribadi Farah Cie cedera ditembak di balai ketibaan KLIA oleh suaminya kira-kira jam 1.15 pagi.
Suspek kini dalam buruan polis dan dipercayai melarikan diri ke utara Malaysia.