SPRM Tahan Seorang Lagi Individu Bergelar Datuk Terlibat Kes Rasuah Projek Pembinaan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi individu bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dalam kes rasuah melibatkan pembayaran wang sogokan daripada projek pembinaan di Sarawak bernilai sekitar RM250 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu merupakan rakan kongsi kepada seorang pengarah syarikat lain yang telah ditahan oleh SPRM pada Khamis lalu. Lelaki ini dipercayai terlibat dalam usaha membolehkan beberapa syarikat mendapatkan projek pembinaan yang dikeluarkan oleh jabatan kerja raya(JKR) daerah di Sarawak.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan ini antara 2022 hingga 2024 sebagai balasan bagi memperoleh projek pembinaan bernilai RM250 juta,” kata sumber tersebut.

Suspek ditahan pada sekitar pukul 6.30 petang semalam di sebuah daerah di Sarawak dan telah direman selama lima hari sehingga 15 Disember.

Setakat ini, MACC telah menahan tiga individu berkaitan kes ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes ini disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, serta tidak menolak kemungkinan penahanan suspek lain.