SOALAN yang telah lama bermain di minda peminat peminat kumpulan lawak terkenal, Sepahtu kini terjawab apabila salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Abidin meluahkan sebab Shuib tidak lagi bersama Sepahtu di dalam Instagram beliau.
“Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam ‘Sepahtu Reunion Live’ (SRL) mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.
“Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur,” tulis Jep di dalam satu perkongsian di akaun Instagram beliau.
“Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.
“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tp kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia,” luah Jep lagi.
“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama Sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” akhiri Jep di dalam posting Instagram berkenaan.
Dalam posting Instagram yang sama, Jep juga memaklumkan bahawa Sepahtu tidak pernah membuang Shuib tetapi terkejut selepas melihat Shuib keluar dengan pelbagai program walaupun beliau pernah menyatakan keinginan untuk berhenti dari dunia hiburan.
Perkongsian penuh yang ditulis oleh Jep berkenaan hal ini boleh di baca di akaun Instagram beliau iaitu @jepsepahtu.
Sumber gambar – Instagram | Sumber laporan – OhMedia