ISTERI kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengatakan yang dia sedia bermadu sekiranya Hafidz bersikap jujur untuk mengamalkan kehidupan berpoligami dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
“Jadi kalau caranya betul saya tiada masalah berpoligami. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah berjumpa pihak ketiga untuk melakukan provokasi.
“Sebaliknya, pada fikiran saya lebih cenderung kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya rasa seperti ditipu,
“Bagi saya, sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara yang dilarang atau boleh mendatangkan dosa,” kata Shuhada kepada Xtra.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada ibu kepada dua anak ini mahu memaafkan pihak ketiga iaitu, Athira Yuhada, Shuhada menjelaskan dia hanya manusia biasa.
Malah, menegaskan yang dia tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap bekas suaminya itu di atas apa yang berlaku.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes cerai pasangan berkenaan.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Sumber gambar tajuk – MStar | Sumber laporan – Xtra