Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembila set rakaman percakapan berdurasi 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Pada sidang media itu juga menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya turut menperdengarkan percakapan berkenaan yang membabitkan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn.Bhd.
Antara yang terkandung dalam rakaman tersebut adalah rakaman percakapan bekas Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mendedahkan maklumat siasatan mengenai bekas skandal 1MDB kepada Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menggalas jawatan Perdana Menteri.
Dijelaskan dalam sidang media tersebut kesemua rakaman adalah asli dan berlaku sekitar tahun 2016. Rakaman itu juga membabitkan sekurang-kurangnya tujuh individu termasuk Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor. Selain itu individu lain yang turut berada dalam rakaman tersebut adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin serta dua lagi individu dari UEA.
Sumber : Facebook – Berita Harian Online
Jelas Latheefa kesemua perbulan tersebut menjurus kepada elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit, pemalsuan dokumen dan ancaman keselamatan Negara.
“Kesemua sembilan set rakaman percakapan berkenaan diterima SPRM pada awal tahun ini.
“SPRM akan menyerahkan kesemua rakaman percakapan kepada polis untuk siasatan,”katanya.