Sekelompok kecil pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang masih mengamalkan budaya salah guna kuasa dan rasuah bakal berdepan tindakan tegas ekoran tindakan itu dilihat menjejaskan imej penjawat awam dan negara.
Perkara tersebut dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan lawatannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam mendapati masih ada kumpulan kecil pegawai imigresen mengamalkan cara serta sistem lama (rasuah).
Katanya, perkara itu berupaya merosakkan imej jabatan, penjawat awam dan negara meskipun secara keseluruhan mereka berfungsi dengan baik.
“Sebab itu, saya rumuskan untuk pertahankan integriti JIM serta masih menekankan ada sekelompok kecil yang masih selesa dengan cara lama, jadi tindakan segera dan keras perlu diambil,” katanya ketika berucap semasa Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Sumber : Kosmo