“Sedih Bila Orang Cakap Family Senrose Tak Ada Zuriat” – Uqasha Senrose Umum Dirinya Hamil

Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.

Uqasha yang juga isteri kepada Kamal Adli mengumumkan berita gembira itu bersama peminat di Instagram miliknya. Uqasha turut menyatakan yang dirinya agak gementar untuk menjadi seorang ibu.

“Syukur Ya Allah. Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha

“Nervous dari nak jadi isteri dan now nervous untuk jadi ibu pulak.

“Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur, jadi Qasha takut jadi biarlah dari Qasha sendiri yang cakap.

Uqasha turut berkongsi kesedihan dan kekecewaan kerana ada segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai keluarganya.

“Jujur Qasha sedih bila orang cakap kenapa family Senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tau ni Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha Mengetahui.

“Jodoh ajal maut rezeki semua dari Dia,” luahnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)