Rosyam Nor Mohon Maaf Isu Rumah Pelacuran

Datuk Rosyam Nor dalam satu video yang dimuat naik di Instagramnya memohon maaf di atas kenyataannya berkaitan rumah pelacuran yang mencetuskan kontroversi.

Menurutnya, dia tidak menyangka potongan video tersebut menjadi tular hingga menarik perhatian pelbagai pihak termasuk agamawan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Rosyam menjelaskan potongan video tersebut adalah salah satu video promo program podcast di Suhan Channel. Pengarah dan pelakon itu meminta agar masyarakat menonton video penuh untuk penilaian yang sewajarnya.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Berikutan isu yang tular, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu rumah pelacuran yang dianggap tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.