RAKYAT Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat dengan tepat menerusi fenomena Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang, Ahad (hari ini).
Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Mufti Selangor memaklumkan, Istiwa Adzam adalah fenomena kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah.
“Ketika fenomena ini berlaku, kita di Malaysia berpeluang menentukan arah kiblat melalui bayang matahari.
“Pada jam 5.18 petang, kedudukan bayang itu boleh didapatkan melalui objek yang tegak seperti tiang.
“Boleh gunakan pembaris dan pen marker dan gariskan dari hujung bayang ke arah tiang,” katanya menerusi penerangan video berdurasi 1 minit 48 saat.
Katanya, tempoh penandaan arah kiblat itu boleh dibuat selama 20 minit dari tempoh tersebut.
“Bagi yang terlepas jam 5.18 petang, penandaan boleh dibuat dalam tempoh 20 minit bermula jam 5.18 petang hingga jam 5.38 petang.
” Insya-ALLAH arahnya masih sama. Boleh dapatkan bayang arah kiblat sempena fenomena Istiwa Adzam, ” katanya.
Sumber gambar & Sumber laporan – Sinar Harian