BANGI – Sebanyak 13,469 pelajar PTTI Group Sdn Bhd dirai dalam Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2024 yang berlangsung di Bangi Golf Resort semalam. Majlis gilang-gemilang ini menyaksikan pengumuman insentif istimewa RM500 untuk pelajar yang mencapai keputusan Straight A.
Setiap pelajar PTTI yang berjaya meraih Straight A dalam SPM 2024 layak menerima insentif tunai RM500. Tahun ini, PTTI menetapkan sasaran ambisius untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A.
Sepanjang tahun lalu, PTTI telah menganjurkan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah seluruh negara
Serta lebih 10 sesi Roadtour SPM di negeri-negeri terpilih yang memberi manfaat kepada lebih 170,000 pelajar melalui pelbagai program akademik.
Menurut Puan Siti Farhana Abu Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI: “Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami komited membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, khususnya dalam menghadapi peperiksaan SPM yang diawalkan tahun ini.” Katanya.
Peluang Terkini untuk Calon SPM akan datang PTTI kini menawarkan Seminar Gelombang G ke Straight A secara percuma melalui platform dalam talian dari 24 hingga 28 April 2025. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi PTTI www.ptti.my
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran artis terkenal Nabila Razali dan Bella Astillah yang berkongsi pengalaman dan motivasi kepada para pelajar.