PM Anwar Ibrahim Sertai Ribuan Jemaah Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

PUCHONG, 16 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor.

Khutbah Jumaat yang disampaikan bertajuk “Kelebihan Sya’aban: Persiapan Menuju Ramadan”menekankan kepentingan persediaan menjelang bulan Ramadan, termasuk usaha mengekang hawa nafsu serta memperbanyakkan doa dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Sebelum menunaikan solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat setempat di Gerai Syam Bawah Pokok. Beliau juga berkesempatan menikmati hidangan tempatan sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa dan keadaan negara.

Kehadiran Perdana Menteri dalam majlis keagamaan ini mencerminkan komitmen beliau dalam mendekati rakyat serta menekankan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian. Sementara itu, kehadiran ribuan jemaah di masjid tersebut menggambarkan kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan ilmu agama dan persiapan menjelang bulan Ramadan.