Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelesenan platform media sosial berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu. Tujuan utama pelaksanaan ini bukan untuk menyekat demokrasi atau hak bersuara individu, tetapi untuk memastikan pengendali atau pengguna platform media sosial lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kandungan yang disediakan. Selain itu dapat melindungi pengguna daripada kandungan yang berbahaya dan tidak sesuai. Pengendali platform akan memastikan kandungan yang disiarkan mematuhi undang undang serta norma masyarakat malaysia.
Dengan adanya pelesenan pengendali platform media sosial Pengendali dapat lebih proaktif dalam mengawal penyalahgunaan platform oleh pengguna. Ini termasuklah mengambil tindakan terhadap pengguna yang menyalahgunakan platform untuk tujuan jenayah mahupun buli siber.
Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, sebelum ini banyak pengendali platform didakwa tidak bertanggungjawab atas posting serta komen atau yang menimbulkan kecaman atau kesan buruk terhadap pengguna yang lain.
Katanya lagi penggunaa media sosial harus ada kesedaran dan perlu mengetahui bagaimana data peribadi mereka digunakan, dan mengambil tanggungjawab untuk melindunginya.
“Ramai tidak menyedari bahawa maklumat dalam gambar yang anda kongsikan di media sosial seperti wajah anak, alamat, plat kereta anda dan sejumlah maklumat, dibeli oleh pihak yang tidak kenali, yang akan mendedahkan pengguna ke arah jenayah siber.
Walaupun pelaksanaan perlesenan ini mempunyai tujuan yang baik, ia juga menerima beberapa kritikan. Antaranya adalah kebimbangan bahawa langkah ini boleh menyekat kebebasan bersuara dan menghalang inovasi dalam industri media sosial. Selain itu, terdapat juga kebimbangan bahawa proses perlesenan ini boleh menjadi terlalu berat dan menyukarkan platform media sosial untuk beroperasi di Malaysia.
Dengan pelaksanaan pelesenan ini, semua platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia perlu memiliki lesen untuk beroperasi. Jika tidak, mereka dianggap melanggar akta yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan kandungan berbahaya seperti lucah, perjudian, dan penipuan dapat dikawal.
Pelaksanaan perlesenan media sosial oleh SKMM adalah langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab. Walaupun terdapat cabaran dan kritikan, langkah ini diharapkan dapat meningkatkan tanggungjawab pengendali platform media sosial dalam mengawal kandungan yang disiarkan, seterusnya melindungi pengguna daripada kandungan yang berbahaya. Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia dapat mewujudkan ekosistem media sosial yang lebih sihat dan bertanggungjawab.