Sebelum ini tular di media sosial di mana sebuah gerai donut didakwa menggunakan roti burger untuk membuat donut bersalut coklat.
Bagaimanapun, memetik laporan Kosmo dakwaan itu dinafikan oleh pekerja di gerai tersebut. Menurut salah seorang pekerja gerai itu menyatakan ia bukanlah roti burger tetapi doh donut yang dibakar.
“Donat itu bukanlah roti burger yg ditebuk, tetapi memang donat bakar. Doh roti yang dibuat lubang sebelum dibakar.
“Apa yang dikatakan (orang ramai) adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Difahamkan, donat tersebut dijual di sebuah pasar malam di Bachok, Kelantan.
Sumber : Kosmo