Pengurusan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan di Kedah memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Ahmad Nasir berkata, puasa jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid tersebut untuk berbuka telah terbatal dan perlu diganti atau diqada.
Menurutnya, kesilapan tersebut adalah disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.
“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada Khamis, 8 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 30 Mac 2023,” kata beliau melalui satu kenyataan bertarikh 1 April lalu.
Ahmad juga berkata, perkara tersebut berdasarkan pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.
Gambar & Sumber : Sinar Harian