Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemilik dusun berusia 69 tahun bersama dua rakannya ternampak dua suspek berada di dusunnya di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering di sini.
“Melihat kejadian itu, pemilik dusun bertindak memanggil penduduk kampung lain lalu menangkap suspek.
“Hasil pemeriksaan menemui raga yang mengandungi 30 biji durian dianggarkan bernilai RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, dusun dianggarkan seluas empat hektar yang tidak berpagar itu diusahakan oleh pengadu sendiri sejak 10 tahun lalu.
“Kedua-dua suspek mengaku telah mencuri durian tersebut dan dibawa ke Balai Polis Changkat Jering untuk siasatan.
“Polis turut merampas kenderaan itu bersama durian. Suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.