Semua pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) dapat menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baru Cina di semua lebuhraya pada 8 dan 9 Februari ini.
Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
Bagaimanapun, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.