PELAKON veteran terkenal, Idris Mat Diah, 61, disahkan meninggal dunia pada awal pagi Isnin.
Melalui kenyataan anak Allahyarham yang dikenali sebagai Alia, arwah dikatakan mula tidak sedarkan diri sejak puku 2 pagi sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi oleh petugas kesihatan yang tiba di kediamannya di.
“Ayah disedari tidak sedar diri sekitar jam 2 pagi tadi, kami menghubungi pihak ambulans dan kemudian pihak ambulans mengesahkan ayah meninggal dunia jam 2.30 pagi.
“Dua tiga hari ni pula arwah tidak mempunyai selera makan,” kata Alia.
Alia juga memohon agar dia dan waris dihubungi segera jika ada hutang arwah bapanya yang belum selesai.
“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” tambah Alia.
Melalui kenyataan yang disampaikan oleh pihak Seniman, jenazah beliau kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin, Kepong
Jenazah kemudian akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.
Allahyarham pernah membintangi pelbagai drama terkenal antaranya Zahir Tak Terucap, Menantu Bilal, dan 7 Hari Mencintaiku.