Pelajar Cemerlang Perakaunan Maut dalam Nahas Enam Kenderaan di Hulu Langat – Ampang

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Seorang penunggang motosikal yang merupakan pelajar cemerlang dalam bidang perakauan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, pada petang Ahad.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 4.45 petang, membabitkan empat motosikal dan dua buah kereta.

Ketika kejadian, empat motosikal dinaiki enam individu termasuk dua pembonceng serta sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

Difahamkan, pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, punca kejadian masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, difahamkan mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Aysar Zahran Saiful Alimin adalah seorang pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.