SEDANG hangat dibicarakan di media sosial ketika ini mengenai Dato’ Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin, 58, yang didakwa tidak profesional semasa menjawab soalan pembaca berita Astro Awani dalam siaran langsung.
Memetik laporan The Reporter, pihak Astro Awani menghubungi Dato’ Hattan untuk berkongsi cerita mengenai Allahyarham Mael atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim yang baru semalam meninggal dunia.
Pembaca Berita (PB): “Apa yang dapat Dato’ kongsikan mengenai perkara ini? Kerana kita tahu lirik-lirik lagu XPDC ini sangat, orang kata ‘makan dalam’.”
Dato’ Hattan: “Lagu-lagu XPDC ni banyak ditulis oleh.. awak tahu ke tak tahu dia punya sejarah ni??”
PB: “Datuk boleh ceritakan?”
Dato’ Hattan: “You buat kajian ke tak buat kajian?”
PB: “Silakan Dato’.”
Dato’ Hattan: “Dia… bukan Mael yang tulis lirik. Mael yang banyak membantu, yang banyak buat diri untuk XPDC. Allahyarham juga.. siapa dia nak bagi tahu? Apalah you ni.. tak buat homework ke (bila) you nak tanya pasal Mael?”
Tidak beberapa lama kemudian, panggilan ditamatkan.
Siaran berita itu sempat dirakam dan dimuat naik semula ke media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan cara Dato’ Hattan menjawab pertanyaan pembaca berita berkenaan.
“Sepatutnya Hattan perlu bersikap profesional. Kalau pembaca berita itu silap, dia kena betulkan. Bukannya memalukan pembaca berita itu,” kata Hafifi.
“Kalau pembaca berita itu tahu semua, baik dia cakap seorang saja dari awal sampai habis,” kata Nasir.
“Pembaca berita bukan expert dalam bidang muzik. Mereka buat research tentang berita saja. Sebab itu stesen TV call wakil artis untuk explain,” kata SHS.
Sumber & Gambar : The Reporter