Mengaku Tak Bersalah, Lelaki Tumbuk Pekerja 7E Minta Kurangkan Ikat Jamin Sebab Gaji Sikit Dan Banyak Komitmen

Lelaki yang menumbuk seorang pekerja 7E sebelum berswafoto dengan mangsa telah mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut yang dibaca di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Memetik laporan dari Harian Metro, Divagaran Uthaya Sooriyam, 32, yang merupakan seorang penyelia tapak pembinaan diepercayai  didakwa didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki berusia 18 tahun di kedai serbaneka di Ecohill Taipan, Semenyih, Hulu Langat, 5 pagi, 20 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh di dakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat supaya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Namun begitu, peguam kepada Diva, Vickneswari merayu untuk mengenakan jaminan serendahnya dikenakan terhadap tertuduh.

Susulan daripada itu, majistret membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dimaklumkan oleh pendakwaan.

Difahamkan, sebutan kes akan dibuat pada 15 Ogos nanti untuk serahan dokumen dan laporan perubantan.

Sumber : Harian Metro