Melly Goeslaw & Mostafa Atef Rilis “Syurga Menanti Mu” – Dedikasi Istimewa untuk Palestin

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Pada tahun 2024, dalam konsert Ada Apa Dengan Melly: Malam Graduasi, penyanyi dan pencipta lagu terkenal Melly Goeslaw menciptakan lagu secara spontan berjudul “Malaysia untuk Palestin”. Lagu tersebut dibuat dalam waktu hanya 15 minit, dan dengan penuh keikhlasan, Melly menyerahkan hak cipta lagu itu kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya untuk menyebarkan kesedaran mengenai Palestin.

Kini, pada tahun 2025, Melly kembali dengan sebuah karya yang lebih istimewa—lagu berjudul “Syurga Menanti Mu”, yang diciptakan khas untuk Palestin. Kali ini, beliau berduet dengan penyanyi dan qari tersohor dari Mesir, Mostafa Atef.

Mostafa Atef bukan sekadar seorang penyanyi, beliau juga merupakan seorang tahfiz Al-Quran yang lahir di Al-Mahala Al-Kobra pada tahun 1990. Namanya semakin dikenali di Malaysia dan Indonesia berkat lagu nasyid terkenalnya, “Qomarun”. Dengan suara yang merdu dan pembawaan yang tenang, beliau menjadi idola ramai, terutama di kalangan peminat wanita yang sering mengikuti perkembangan dirinya.

Melalui hantaran di media sosial, Melly berkongsi bahawa “Syurga Menanti Mu” bukan sekadar lagu biasa, tetapi sebuah bentuk solidariti dan doa untuk rakyat Palestin yang masih berjuang menghadapi penindasan.

“Semoga lagu ini menjadi doa dan pengingat bagi kita semua untuk terus mendukung saudara-saudara kita di Palestin. Mari sebarkan kebaikan dan kepedulian melalui musik,” tulis Melly di akaun Instagramnya.

Melly terus membuktikan kehebatannya dalam industri muzik dengan menjadi salah seorang komposer dengan royalti tertinggi di Indonesia, Wahana Musik Indonesia (WAMI)—sebuah Lembaga Pengurusan Kolektif di Indonesia yang menguruskan hak cipta lagu/muzik—mengumumkan bahawa Melly menerima royalti sebanyak Rp559,900,000 (sekitar RM158,000), satu jumlah yang cukup besar bagi seorang pencipta lagu.

Konsert Trilogi “Ada Apa Dengan Melly” di Kuala Lumpur

Melly juga bakal mengadakan konsert trilogi terakhirnya di Kuala Lumpur pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena, pukul 8 malam. Konsert ini merupakan kesinambungan daripada dua konsert terdahulu, Ada Apa Dengan Melly; Back to School, Ada Apa Dengan Melly; Malam Graduasi dan yang terbaru Ada Apa Dengan Melly; Prom Nite (episod terakhir trilogi ini)

Penganjur konsert telah Berjaya mencipta tema menarik untuk setiap siri konsert Melly, bertujuan mengembalikan nostalgia masa muda para penonton. Bayangkan suasana di mana setiap hadirin mengenakan pakaian sekolah, pasti terasa janggal jika hanya seorang yang berpakaian begitu, namun apabila semua hadir dengan tema yang sama, suasana menjadi lebih meriah dan penuh keseronokan.

Fenomena ini telah terbukti dalam konsert-konsert Melly sebelum ini, yang berjaya menghidupkan semula jiwa muda dan keseronokan zaman remaja di kalangan peminatnya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod terakhir trilogi “Ada Apa Dengan Melly” ini! Dapatkan tiket anda sekarang di:

https://www.ticket2u.com.my/event/40390/ada-apa-dengan-melly-prom-nite