Status kewarganegaraan Mawla Amin akhirnya terjawab.
Mawla Amin yang dilahirkan dengan nama Habib Mohamed Amin Ben Sayed EL Idrissi El Hassani memegang dwikenegaraan iaitu Perancis dan Algeria.
Menurut laporan Morocco World News, Maghribi telah mengesahkan Mawla Amin bukan rakyat negara tersebut. Kementerian Hal Ehwal Luar di Rabat membuat juga telah membuat pengesahan itu kepada Kedutaan Malaysia pada September lalu
“Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.
“Selain itu, dia juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara ini,” jelas kementerian itu.
Pihak berkuasa tempatan juga tidak menyokong ajaran atau aktiviti keagamaan yang dibawa olehnya.
Mawla Amin sebelum ini telah mencetuskan krontroversi apabila mendakwa dirinya sebagai jalur keturunan ke-38 Rasulullah untuk menarik pengikut mazhab pimpinannya.
Sumber : Sinar Harian