Kuala Lumpur: Malaysia secara rasmi akan Mempengerusikan ASEAN pada tahun ini, di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dimana Malaysia berhasrat untuk memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok serantau yang bersatu, dinamik, dan berpengaruh di peringkat global.Malaysia akan menfokuskan beberapa keutamaan seperti ekonomi, perpaduan serantau, transformasi tenaga serta digital
Malaysia berhasrat untuk memperkukuhkan ASEAN sebagai blok serantau yang mampu menghadapi cabaran global, termasuk perubahan iklim, transformasi teknologi, dan kestabilan geopolitik. Dengan populasi muda ASEAN yang lebih daripada 60% berumur di bawah 35 tahun, Malaysia melihat potensi besar dalam memanfaatkan kelebihan demografik ini untuk mendorong pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan daya saing serantau.
Selain itu, pakar pula berpandangan selaku pengurusi ASEAN 2025 peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menarik kerjasama kolektif daripada negara-negara anggota untuk membangunkan semula Palestine. Ini boleh untuk dijadikan sebagai platform untuk mengajak lebih banyak lagi negara-negara yang berjiran seumpama Singapura, Thailand, Indonesia untuk membawa suatu kerjasama di dalam bentuk yang kolektif ke arah pembangunan semula Gaza.
“Berita inilah sangat bagus untuk rakyat Palestine khususnya dan melambangkan kewibawaan Malaysia dalam memimpin ASEAN dan juga dunia dalam Bantu rakyat Palestine membina semula kehidupan mereka. Pembinaan hospital, sekolah dan juga masjid. Maka pembinaan hostel ini atas usaha sama Malaysia dan juga rakyat Jepun, kerajaan Jepun boleh memberikan inspirasi dan juga semangat baru.”
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memastikan setiap langkah diambil selari dengan prinsip inklusiviti dan kelestarian, menjadikan ASEAN sebuah komuniti yang berdaya tahan, progresif, dan relevan dalam menghadapi cabaran abad ke-21.