Sebuah lori yang mengalami masalah brek, mengundur secara tiba-tiba dan melanggar 8 buah kenderaan petang semalam.
Memetik laporan Buletin TV3, kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat Rawang Mutiara Business Centre.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang.
Sebuah treler membawa muatan pasir dikatakan mengundur secara tiba-tiba akibat masalah brek.
Lori berkenaan kemudian mengundur secara perlahan dan melanggar 8 buah kenderaan yang berada di belakangnya.
Menyedari pergerakan lori itu, pemandu 8 kenderaan itu segera menyelamatkan diri.
Tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Sumber & Gambar : Buletin TV3