KUALA PILAH, 18 Jun — Lima unit kedai dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di sini, kira-kira pukul 11.10 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata 40 pegawai dan anggota dari balai bomba Kuala Pilah, Seri Menanti, Bahau dan Seremban 2, mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan kebakaran.
“Bangunan kedai yang terbakar ini merupakan bangunan lama. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, lewat tengah malam tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Credit : BERNAMA