PADAH mencuri, dikafankan ibarat jenazah! Itu situasi menakutkan yang menjadi pengajaran kepada seorang pemuda setelah ‘kantoi’ mencuri kotak tabung sebuah masjid di Kota Pontianak.
Kejadian yang berlaku di Masjid Al Mujahid itu dirakam dan dimuat naik di laman sosial.
Suspek dikatakan mengaku akan kesalahannya dan mendedahkan ia merupakan kali kedua dia melakukan jenayah sebegitu.
“Ini percubaan kedua saya, saya mohon maaf,” katanya sambil badannya dibungkus dengan kain kafan.
Perakam video itu turut memaklumkan bahawa suspek meminta untuk mengambil wuduk sebelum dihukum dibungkus dengan kain kafan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan tindakan ahli -ahli jawatankuasa masjid bagi memberi pengajaran kepada lelaki berkenaan.
Sumber: dailypontianak