Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti tambahan bagi semua sekolah sempena Aidilfitri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit, lapor Harian Metro.
“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B,” katanya ketika temui selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM di sini, hari ini.
Sumber gambar – Selangorkini | Sumber laporan – Harian Metro