Usaha pencarian bukti dan pentunjuk baharu untuk kes pembunuhan adik Zayn Rayyan masih diteruskan di sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai.
Siasatan tertumpu pada Blok R iaitu kediaman Zayan Rayyan dan juga kali terakhir mangsa didakwa dilihat sebelum hilang pada 5 Disember lalu.
Pada Sabtu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 172 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan terbabit.
“Keseluruhan individu yang telah dirakam keterangan melibatkan ibu bapa mangsa, saksi, jiran dan penduduk sekitar.
“Usaha mengesan bukti dan pelbagai petunjuk masih dijalankan terutamanya melibatkan kawasan blok kediaman mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, setakat hari Ahad bukti dan petunjuk baharu masih belum ditemui.
Sumber: Sinar Harian