Kerajaan setuju beri potongan 50% kadar tol sempena Tahun Baru Cina.

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

PETALING JAYA: Mesyuarat Kabinet kerajaan hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025. Implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08juta.

Sebelum ini kadar tol percuma telah diberikan bagi 4 perayaan utama pada tahun 2023 dan 2024 yang menelan belanja sekitar RM300 juta pampasan telah dibayar kepada syarikat konsesi.

Faktor keputusan hari ini yang telah diputuskan kabinet juga berdasarkan kedudukan kewangan negara semakin kukuh dibawah Kerajaan Madani hasil dari penyasaran subsidi elektrik, diesel serta pelaburan asing baru ke negara beranggar sekitar RM320 billion tertinggal dalam sejarah negara pada tahun 2023.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun ini akan diberikan di semua plaza tol lebuh raya di seluruh negara, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang yang terletak di sempadan Malaysia.

Diskaun ini berkuat kuasa dari jam 12.01 tengah malam pada 27 Januari (Isnin) hingga 11.59 malam pada 28 Januari (Selasa) dan hanya terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 1.

Sebelum ini, Nanta mengumumkan bahawa tol percuma semasa perayaan utama, termasuk Tahun Baharu Cina, tidak lagi disediakan. Beliau menyatakan bahawa tahun 2024 adalah tahun terakhir untuk subsidi kerajaan bagi perjalanan tol percuma semasa musim perayaan.

Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini. Pengguna disarankan memuat-turun aplikasi MYPLUS-TTA untuk mendapat infomsi berkenaan jadual pejalanan serta aspek keselematan penggunaan lebuhraya.