Isteri Tetak Lengan Suami Guna Pisau Potong Daging

Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menetak suaminya di lengan kanan menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, petang kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata jam 12 tengah malam kelmarin.

“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain memaklumkan mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa jam 3 petang semalam.

“Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikit Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro