Isteri kepada bekas pemain bola kebangsaan, Safee Sali mendedahkan yang dirinya sudah lebih sebulan tidak berhubung dengan dua anak kandungnya.
Fitria Elfina Maharip, 44, mendakwa Mohd Safee Mohd Sali, 40, telah melarikan kedua-dua anak kandung mereka, Shanika Salsabila Mohd Safee, 9, dan Shania Safina Mohd Safee, 7, sejak 6 Februari lalu.
“Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya.
“Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini,” kata Fitria Elfina
Pada 28 Februari, salah seorang anaknya ada meninggalkan surat buatnya yang ditinggalkan dalam kereta Safee Sali.
“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.
“Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.
“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.
Bebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi esok.
Sumber : Harian Metro