MENTERI Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian tradisional ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara itu, lapor Utusan Malaysia.
“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya.
“Sehubungan itu, kita perlu lebih pantas kerana sudah terang-terangan Reog itu budaya dan warisan Indonesia,” katanya
Selain itu, Muhadjir juga meminta supaya pihak berkuasa daerah Ponorogo untuk mengusulkan segera tarian tradisional itu kepada UNESCO dan menyiapkan data yang diperlukan.
Beliau menegaskan, Reog Ponorogo disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen).
Pada 2013, Kementerian Budaya Indonesia menyenaraikan kesenian itu sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Indonesia.
Dalam pada itu, perkara tersebut dilaporkan mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia sehingga mereka ‘menyerang’ akaun @1malaysia_official.
Dalam akaun tersebut, pengguna media sosial Indonesia sepakat menyatakan Reog Pnorogo adalah hak warisan mereka.
Mereka turut menggunakan tanda pagar ReogFromIndonesia, selain meminta rakyat Malaysia berhenti ‘mengakui budaya yang berasal dari Indonesia’.
“Malulah ambil budaya orang,” tulis seorang pengguna media sosial Indonesia.
Sumber: Utusan Malaysia