Imbas suhu bukan lagi SOP wajib – KJ

KEMENTERIAN Kesihatan sebulat suara untuk mengecualikan penggunaan pengimbas suhu sebagai SOP wajib COVID-19.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini mengimbas aplikasi MySejahtera sudah cukup memadai bagi pergerakan masuk mana-mana premis.

“Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN, selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri COVID-19) akan datang, pengimbas suhu tidak lagi wajib,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah selesai mendapatkan dos penggalak juga telah dikurangkan kepada lima hari daripada tempoh tujuh hari sebelum ini.

SOP berkenaan akan mula berkuatkuasa mulai 24 Januari.

Ujarnya, pengembara perlu menjalani ujian RT-PCR dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan hasil keputusan negatif COVID-19.