SEORANG juruteknik ditahan selepas mencabul seorang wanita yang juga rakan serumahnya di Taman Gembira, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan sekitar jam 8 malam di rumah sewa terbabit, lapor Berita Harian.
Katanya, kejadian jam 8 pagi semalam ketika wanita berusia 25 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mana suspek turut menyewa bilik di rumah sama.
“Mangsa mendakwa suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju mendekati dan memeluknya dari bahagian hadapan. Dia kemudian menolak dan menepis tangan lelaki itu, seterusnya keluar dari bilik untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,”.
Beliau berkata, suspek yang mempunyai satu rekod berkaitan Seksyen 380 Kanun Keseksaan, direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian