Rekod baharu buat Malaysia yang berjaya merekodkan Muhamad Haiqal Hanafi sebagai juara pecut Asia Tenggara yang berlangsung di Filipina sempena suka SEA 30 semalam.
Atlet berusia 20 tahun, secara tidak langsung merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa 10.35 saat dalam acara 100 meter.
Sementara itu, Haiqal turut meluahkan rasa gembiranya di laman Twitter kerana tidak menyangka dengan kejuaraan yang telah dimilikinya semalam.
“Hidup aku bagai mimpi, betul-betul macam mimpi, Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah , Ibu Bapa dan terima kasih Malaysia!.
“Syukur Alhamdulillah, Terima kasih pada rakyat malaysia yang telah mendoakan kejayaan saya. Terasa macam mimpi Ya Allah,” katanya di laman Twitter.
Lantas, ciapan Haiqal di Twitter meraih 2,100 ulang ciap dan 8,000 tanda suka serta mendapat komen yang menggembirakan dari rakyat Malaysia.
Terdahulu, anak kelahiran Negeri Sembilan itu melalui hari yang tidak dapat dilupakan apabila berjaya meraih pingat emas acara riben biru selepas membakar trek dengan kepantasan 10.35 saat.
Bagaimanapun, secara tak langsung memperbaharui rekod peribadinya sendiri, namun masih jauh daripada rekod kebangsaan yang terus dipegang oleh Khairul Hafiz (10.18 saat) yang dilakukan pada Sukan Malaysia 2016.