INI merupakan satu perkara yang pasti membuatkan ‘geng kunyit’ atau dikenali sebagai kumpulan LGBT panas bontot!
InI selepas keputusan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri yang kini dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman bagi kesalahan golongan tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary, hukuman yang sedia ada katanya disifatkan sebagai terlalu ringan dan masih menggunakan enakmen sedia ada ketika ini.
“Kita tidak menolak kemungkinan pindaan dilakukan supaya hukuman lebih keras dikenakan supaya lebih berkesan.
“Setakat ini, Akta 355, kita mengenakan tiga tahun penjara, enam sebatan dan denda sebanyak RM5,000.
Kita sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi meningkatkan lagi hukuman,” katanya, ketika ditemui hari ini.
Ahmad Marzuk turut memaklumkan pihaknya telah mengarahkan agensi agama serta beberapa jabatan agar mempertingkatkan operasi serta mengenakan tindakan tegas terhadap golongan tersebut.
Ia termasuklah tindakan terhadap individu yang berpakaian kurang sopan, bertentangan dengan adat dan juga bercanggah dengan enakmen jenayah syariah negeri.
Menurutnya, langkah itu diambil susulan dakwaan sebelum ini yang mengatakan kerajaan tidak tegas berhubung isu ini.
Dalam masa sama, beliau mengharapkan agar wujud kesedaran melibatkan golongan tersebut supaya keluar daripada kepompong berkenaan dan menyertai program pemulihan dan sokongan di bawah agensi agama.