“Hubungan Mesra Untuk Cipta Keserasian, Tak Sangka Pula Dibawa Sampai Ke Rumah” – Kru Penggambaran
Salah seorang kru yang terlibat dalam drama lakonan Aliff Aziz dan Ruhainies tampil menceritakan hubungan mesra kedua-dua pelakon tersebut di lokasi penggambaran.
Memetik laporan Harian Metro, kru yang ingin dikenali sebagai Mr Z, dia tidak menyangka hubungan mesra di set membawa sampai ke rumah.
“Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.
“Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.
“Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby,” katanya.
Selain itu, Aliff dan Ruhainies juga pernah dilihat datang ke lokasi penggambaran bersama walaupun jadual penggambaran mereka berbeza.
“Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.
“Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu,” katanya.
Bella Astillah juga dikhabarkan telah menarik diri daripada drama itu.
“Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan,” katanya lagi.
Sumber : Harian Metro