Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia malam tadi.
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) memaklumkan gempa itu berada pada kedalaman 90 kilometer.
EMSC menerusi kenyataan di Twitter berkata, gempa berkenaan mungkin turut dirasai di Malaysia.
Negara yang terjejas adalah Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia kira-kira 85 kilometer dari Kota Padang Sidempuan, Sumatera Utara, Indonesia.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan berlaku gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam tadi.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Gempa berlaku kira-kira 84 kilometer Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam laporan Harian Metro.
Sumber gambar dan laporan – Harian Metro