Erma Fatima Minta Ruhainies dan Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis, Tapi Netizen ‘Back Up’ Sarah Yasmine?

Kontroversi berlaku lagi hari ini apabila pengarah popular Erma Fatima mengulas mengenai drama yang sedang berlaku dalam industri hiburan yang melibatkan Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies, Sophia Albarakbah serta wanita warga Singapura, Sarah Yasmine.

Menurut Erma Fatima, tindakan membuka aib artis tanah air tidak sepatutnya diraikan orang ramai kerana ia merosakkan imej industri seni negara ini.

“Dia seorang perempuan yang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warganegara, masuk ke dalam negara ini kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tapi semua meraikan.

“Media sosial, pengamal media dan semua meraikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri (Aliff).

“Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di sini semalam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Malah, Erma turut meminta beberapa nama selebriti yang terlibat seperti Ruhainies dan Sophia Albarakbah agar membuat laporan polis.

Namun, berbeza pula dengan reaksi netizen terhadap kenyataan yang dikeluarkan pengarah tersohor itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan saranan Erma serta memihak kepada Sarah Yasmine. Menurut mereka, sekiranya Sarah tidak mendedahkan segala bukti, pasti ramai yang tidak tahu kejadian yang sebenar.

Netizen juga menyifatkan pendedahan yang dilakukan Sarah membuatkan peminat tahu artis yang bermasalah dan patut di banned.

“So kau malu ke bila netizen tahu yang dunia seni Malaysia ni teruk? Kenapa nak salahkan Sarah? Kalau dia tak cerita, so sampai sekarang Ruhainies dan Alif play victim konon terpaling dianaya kan? Same like Sophia.

“So apa masalahnya Sarah reveal semua tu? So netizen tahu artis mana yang patut kena banned. Dengan penerbit dan pengarah sekali akan kena tempias kalau ambik artis-artis bermasalah ni akan datang. Itu yang kau memekak marahkan Sarah tu kan?

“Dah artis-artis Malaysia tak pandai jaga maruah sendiri. Memang kena lah. Tidak sampai bila nak rosakan rumah tangga orang. Berani kerana benar. Pengajaran ye,” antara komen netizen pada video Erma yang tular hari ini.

Setakat ini, Aliff Aziz masih lagi mendiamkan diri. Menurut Erma, Aliff tak sepatutnya mendiamkan diri dan perlu tampil untuk menghentikan kontroversi yang semakin berlarutan ketika ini.

Sumber : Kosmo!