Ibu Allahyarham Sandra Dianne yang meninggal dunia pada pagi Jumaat meluahkan rasa kecewa apabila pemergian anaknya itu menjadi mangsa komen sinis netizen biadab.
Nur Syakinah Abdullah melalui lama Facebooknya menjelaskan komen yang dilemparkan seorang individu dipercayai menggunakan akaun palsu itu meninggalkan kesan mendalam terhadap dia dan keluarga.
“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya di tulis sebegitu.
“Anak saya yang awak cakap mati katak tu, meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh… Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur,” tulis Syakinah.
Dia turut mengingatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dalam meninggalkan sebarang komen tambahan lagi ketika keluarganya sedang berkabung.
“Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda.
“Saya yakin, Allah tempatkan anak saya di kalangan orang-orang yang diredhai… Insyaallah,” tambahnya.
Rata-rata pengikutnya di status berkenaan turut mengecam tindakan individu terbabit yang disifatkan sebagai tidak berhati perut.