Cuaca panas yang melanda negara ketika ini boleh mengundang kehadiran reptilia yang ingin mencari tempat yang lebih sejuk sebagai ‘rumah’ baru mereka.
Tular di aplikasi TikTok apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berjaya menangkap ular yang bersarang di dalam pendingin hawa di sebuah rumah di Langkawi baru-baru ini.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat, seorang anggota APM wanita berjaya mengeluarkan ular sebanyak enam ekor dari pendingin hawa tersebut.
“Ular-ular ni buat rumah pula dalam ‘aircond’. Panas-panas nii cepat cepat, periksa rumah korang,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa terkejut kerana tidak pernah menyangka yang ular boleh bersarang dan berumah di dalam ‘aircond’.
“Dia masuk ikut lubang mana? lubang ‘aircond’ ke? rumah bertutup pun dah tak selamat sekarang, takutnya,” komen AufadanUmar.
“Kalau aku, memang dah tak masuk dalam bilik tu. Takutnya kalau jumpa. Lipas dalam bilik pun aku sanggup tidur luar,” komen Sunflower.
Perkongsian di TikTok APM Langkawi menjadi tular sehingga meraih 295,500 tontonan, 9,077 tanda suka dan 657 komen.
Sumber : Kosmo