Coolblog tingkatkan kapasiti modal insan berkaitan Halal

COOLBLOG Apps Sdn. Bhd, syarikat rangkaian kedai minuman terkenal dengan kerjasama Auditask (M) Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel bertajuk Pembangunan Sistem Pemastian Halal dan Pelaksanaan (HAS) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 6 Mac hingga 9 Mac lalu di Coolblog Training Center, Puncak Jalil.

Bengkel yang telah dihadiri seramai 30 peserta dari kalangan penyelia Coolblog dari seluruh Malaysia membuktikan bahawa Halal itu bukan sahaja satu sistem malah ia perlu diamalkan secara kendiri sebagai asas oleh seorang beragama Islam.
 
Penceramah khas bagi bengkel intensif ini iaitu Tuan Haji Samsudin Bin Paimi dari Auditask (M) Sdn.Bhd, dan juga seorang Tenaga Pengajar yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata “sistem Persijilan Halal ini hanya satu pengesahan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepercayaan pengguna, walau bagaimanapun pelaksanaan adalah lebih terjamin dari pekerja yang mempunyai kesedaran dan memahami keseluruhan konsep halal lagi baik (Halalan Toiban).

“Bagi model rangkaian kedai minuman seperti kami, komitmen dan pelaksanaan Sistem Jaminan Halal perlu melibatkan semua Penyelia Kawasan serta kakitangan di setiap cawangan yang beragama islam dan tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada Eksekutif Halal yang dilantik,” kata Ketua Jabatan Pembangunan Produk dan Halal Puan Sharifah Annur yang juga turut hadir dalam bengkel tersebut.

Coolblog merupakan rangkaian kedai minuman yang disukai sejak penubuhannya selama lebih 10 tahun menampilkan pelbagai resepi minuman gabungan (fusion) kini mempunyai lebih dari 250 cawangan serta menawarkan peluang Franchise amat komited menawarkan kepada pelanggan produk yang berkualiti halal dan bersih lagi baik.