PERGOLAKAN dan serangan antara tentera Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah berlaku selama beberapa tahun ini semakin membangkitkan kemarahan ramai pihak. Sehubungan itu, netizen Malaysia juga telah menularkan poster #ShameOnIsrael termasuk mengecam tindakan pengeboman di laman sosial sehingga menyebabkan rakyat Israel ‘koyak’.
Difahamkan, poster berkenaan telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan menurut salah seorang pengguna Twitter Muaqriana, carian perkataan “koyak” di Google telah meningkat sebanyak 1100% sejak 11 Mei lalu.
Perjuangan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menerusi laman sosial dengan menggunakan #IsraelKoyak menyebabkan ia perkataan itu menjadi semakin popular dan ia turut mendapat perhatian Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menulis satu ciapan di Twitter rasmi mereka “Malaysians Troll Is Bullshit”.
Walau bagaimanapun, ramai netizen dari Malaysia bukan mengeluarkan reaksi negatif. Sebaliknya, mereka bertindak lebih agresif dengan ‘membuli’ Israel termasuklah di Facebook, Twitter dan Instagram.
Menerusi sebuah kenyataan yang tular, rakyat di negara ini tidak akan berdiam dengan apa yang tentera Israel lakukan terhadap rakyat di Palestin yang telah melanggar hak asasi manusia.
Selain itu, pelbagai komen yang mendoakan kegagalan serta kehancuran pasukan tersebut dan Israel ditinggalkan oleh pengguna Facebook dari Malaysia sebagai tanda sokongan kepada perjuangan serta pengorbanan penduduk Palestin mempertahankan tanah air mereka.