Burnley kembali ke kancah PL

SATU gol sudah cukup buat Burnley untuk mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan setelah menang tipis ke atas Blackburn Rovers di laman lawan awal pagi Rabu.

Jaringan tunggal Manuel Benson pada minit ke-66 menghadiahkan tiga mata berharga buat Burnley yang sudah pun layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Berbaki dua perlawanan, mereka mengumpul 95 mata, 13 mata di depan Sheffield United yang boleh meraih satu lagi tiket ke EPL awal pagi Khamis.

Blackburn kekal di tangga kelapan saingan liga kedua Inggeris itu dengan 65 mata, namun berkongsi mata dengan Sunderland yang menempah tiket final playoff.

Burnley menikmati musim mengagumkan di bawah kendalian bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Selepas tersingkir daripada EPL tahun lalu, mereka kembali ke saingan liga tertinggi England bulan ini.

Sekiranya mereka menang baki dua perlawanan, Burnley akan mengutip 101 mata, pencapaian yang kali terakhir dilakukan Leicester City dengan 102 mata pada musim 2013/14.

Sumber – Sinar Harian