BARU-BARU ini, satu perhimpunan solidariti menentang penjajahan Israel dan serangan udara kepada negara Palestin telah mendapat perhatian banyak pihak. Ini termasuk, model Palestin-Belanda, Bella Hadid yang turut turun padang bagi menyokong Palestin iaitu negara asalnya.
Model berusia 24 tahun itu telah bergabung dengan sekumpulan penunjuk perasaan yang turut berhimpun di jalan Bay Ridge, New York sambil mengenakan pakaian tradisional ‘Keffiyeh’ dan juga topeng muka.
Dia juga turut memegang bendera besar Palestin bagi menunjukkan sokongannya terhadap nyawa yang tidak bersalah yang hilang di negara asalnya ketika Israel terus menjatuhkan bom ke atas Gaza.
Hal itu telah menarik perhatian pengguna sosial media, khususnya peminatnya. Ramai netizen yang memuji tindakan adik kepada Gigi Hadid itu kerana menggunakan pengaruhnya yang sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran pada dunia dikala tidak ramai selebriti media sosial kini yang mampu melakukan hal itu.
Untuk rekod, bapa Bella, Mohamed Hadid merupakan seorang usahawan yang lahir di Palestin. Sejak dikenali, Bella sentiasa dilihat lantang bersuara mempertahankan tempat kelahiran bapanya itu.