Pelakon popular Sharnaaz Ahmad kembali mencuri perhatian netizen dan selebriti tempatan apabila pergi bercuti ke Jepun bersama bekas isterinya, Noor Nabila, anak mereka Jebat Jayden dan juga kekasihnya Amelia Christie.
Sebelum ini peminat sentiasa memuji Sharnaaz dan bekas isterinya yang masih berkawan baik serta sentiasa melakukan kandungan video bersama. Nabila juga kelihatan sangat menyenangi Amelia Christie apabila dilihat kerapa memuat naik insta story bersama wanita tersebut.
Menerusi satu kandungan video yang dimuat naik Sharnaaz di Instagram, kelihatan mereka berempat sedang bersiar-siar di Tokyo.
Bukan sahaja peminat memuji dan mendoakan mereka, malah rakan-rakan selebriti juga meninggalkan komen yang positif antaranya Fizo Omar dan Nad Zainal.
“Respect lah kat korang weh,” tulis Fizo Omar
“Semoga yang baik-baik untuk kalian,” doa Nad Zainal buat mereka.
“Semua saya suka. Bertuah Jebat dapat ayah yang bertanggungjawab”
“Tak gaduh nak kawin dua. Dua-dua tak kahwin. Keluar rilek je”
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangg pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.