Bekas ADUN Paul Yong Kekal Bersalah Rogol Amah, Hukuman Penjara Dikurangkan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong kekal bersalah berkait kes merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu, oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat.

Keputusan tersebut dibuat oleh tiga panel hakim dengan majoriti 2-1, diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah (menolak rayuan Paul selaku perayu) manakala Hakim, Datuk SM Komathy menentang keputusan majoriti.

Bagaimanapun, hukuman penjara dikurangkan oleh mahkamah daripada 13 tahun kepada lapan tahun dan dua hukuman sebatan masih kekal.

 

Pada 27 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati Paul bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di bilik rumahnya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat

Sumber : BERNAMA