Banjir gelombang kedua landa Terengganu

KEMAMAN: Terengganu alami bah gelombang kedua apabila mencatatkan peningkatan penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 5,198 malam tadi kepada 5,829 orang sehingga 8.23 pagi hari ini.

Menerusi laman sesawang info bencana JKM, daerah Kemaman paling teruk dengan 5,452 orang di 22 PPS kemudian disusuli dengan 401 orang di lapan PPS di Dungun.

Dalam pada itu, Kelantan mencatatkan 307 orang di tiga PPS di Gua Musang. Seterusnya Johor (155), Pahang (67) dan Perak seramai 34 orang berlindung di satu PPS.