“I love u my dear Lillahi Taala. Kau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, beri jalan buat kami ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah. My dear dah janji nak jaga sayang, baliklah dear,” kata Fatin Nabila Huda Ismail, 27, lapor Harian Metro.
Fatin Nabila Huda yang juga tunang kepada Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang ditemui lemas dalam kejadian di Pantai D’ Marang Village, Kelulut, Marang Terengganu memuat naik hantaran itu di Twitter semalam.
Sehingga kini, hantaran itu mendapat 1,452 ulang ciap dan 4,385 tanda suka.
Selain itu, Fatin Nabila Huda turut memuat naik beberapa lagi hantaran di akaun Twitter miliknya hari ini.
“Lapangkan hati ini ya Allah untuk reda dengan ujianMu, dear dah selamat di sana, syahid meninggalkan dunia. Ramai doakan dear. Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup.
“Semoga nanti sayang juga meninggal dengan khusnol khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. Allah sayang kita berdua, Allah sayang semua.
“Terima kasih atas doa dan ucapan dari semua, saya tak mampu nak balas satu-satu. Semoga Allah juga menjaga kita semua, agar hati tetap padanya. Ampunkan khilaf kami berdua,” katanya.
Hantaran dimuat naik Fatin Nabila Huda nyata menimbulkan rasa sebak dan simpati pengguna Twitter yang mendoakan supaya wanita dan ahli keluarga mangsa tabah dengan kehilangan Naim Hariri.
Terdahulu, mayat Naim Hariri ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang, Terengganu pagi semalam.
Naim Hariri dari Cheras, Kuala Lumpur ditemukan terdampar oleh pasukan penyelamat di tepi pantai berkenaan pada 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pantai Kelulut, Marang.
Naim Hariri dan Fatin Nabila sepatutnya diijab kabulkan kelmarin sebelum Naim Hariri dikhuatiri lemas dan kenduri majlis perkahwinan tetap diteruskan walau tanpa kehadiran pengantin lelaki.
Sumber: Harian Metro