ASEAN Terajui Ekonomi Global Menerusi Penyusunan Semula Ekonomi

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Kuala Lumpur: Pandangan pesimistik terhadap ASEAN sering kali mengabaikan potensi besar yang ada di rantau ini.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, negara mempunyai peranan penting dalam memastikan ASEAN berkembang menjadi model pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing.

Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Phar Kim Beng berkata, terdapat cabaran dalam sektor automotif di Thailand dan pertumbuhan yang perlahan di Indonesia, ASEAN masih mempunyai banyak peluang.

Katanya cabaran ekonomi ASEAN diatasi

dengan negara memposisikan diri sebagai peneraju dalam rantaian bekalan EV di rantau ini.

“Inisiatif ini dilakukan menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Taman Teknologi Bersama Malaysia-Singapura.

“Selain itu, negara juga memanfaatkan rizab nikel Indonesia yang kritikal bagi pasaran bateri EV global, memperkukuh kedudukan,” ujarnya dalam satu kenyataan turut disiarkan bersama CW Sim.

Selain itu, tuturnya rantaian bekalan ASEAn juga meningkat, bukan sebagai penggantian.

“Raksasa global seperti Apple, Samsung dan Foxconn kini semakin meluaskan jejak mereka di ASEAN, bukannya kerana China gagal tetapi kerana ASEAN kini menjadi penerima terbesar dalam strategi “China+1”.

“Negara pula memainkan peranan penting dalam industri semikonduktor global, dengan sektor ini menjadi tonggak utama dalam rantaian bekalan global,” jelasnya.

Beliau turut menekankan tentang langkah Perdana Menteri dalam strategi Tiga Tiang untuk memimpin

dapat memastikan kejayaan ekonomi ASEAN dalam dekad akan datang.

Ujarnya, kejayaan ekonomi itu dilihat menerusi tiga strategi  termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Dana Pelaburan Tenaga ASEAN-GCC dan Perikatan Rantaian Bekalan Semikonduktor ASEAN.

“JS-SEZ adalah model integrasi industri ASEAN lebih mendalam dengan sasaran menarik $20 bilion pelaburan menjelang 2026.

 

“Dana Pelaburan Tenaga ASEAN-GCC pula menggerakkan modal dari negara Teluk seperti Saudi dan UAE ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur ASEAN dengan sasaran $50 bilion pelaburan menjelang 2026.

“Perikatan Rantaian Bekalan Semikonduktor ASEAN: bertindak mengukuhkan kedudukan ASEAN dalam industri semikonduktor global dan negara sebagai peneraju serta sasaran membangunkan hab pembuatan cip serantau menjelang 2027,” ujarnya lanjut.

Tambah beliau, pentadbiran kerajaan mempunyai peluang besar untuk menunjukkan kepimpinan ekonomi ASEAN.

Katanya, Ekonomi ASEAN sering kali digambarkan dalam pandangan pesimis oleh penganalisis Barat, dengan artikel seperti ditulis oleh Henny Sender yang mendakwa bahawa ekonomi “Harimau ASEAN” kini sudah kehilangan momentum.

“Pandangan ini nyata tidak tepat, malah menafikan potensi besar ada dalam ASEAN serta peranan penting negara dalam memimpin penyusunan semula ekonomi global.

“Pentadbiran ini memberi kepentingan nasional dan meningkatkan kedudukan negara di mata dunia menjelang pilihan raya umum 2026.

“Dunia akan memperhatikan ASEAN pada 2025 dan hala tuju rantau ini akan bergantung pada kebijaksanaan serta kepimpinan negara,” ujarnya